CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

---^____^---

Daisypath Happy Birthday tickers

My Lovely Ning

PitaPata Cat tickers
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, December 24, 2010

INFO TENTANG AIR SIHAT DR SUKIDA

Tahukah anda bahawa rakyat sihat mengurangkan kos perbelanjaan perubatan kerajaan Malayisia??

  • seramai 18 856 pesakit buah pinggang di pusar dialisis awam
  • subsidi rawatan sebulan RM 600 seorang
  • subsidi rawatan tahunan RM 7 200 seorang
  • jumlah subsidi tahunan RM 135.8 juta (sumber 2008)
Ini kerana buah pinggang merupakan organ yang paling penting dalam tubuh badan manusia yang berfungsi sebagai PENAPIS segala bahan kotoran daripada air dan makanan dalam kehidupan seharian. 

JANGAN BIARKAN BUAH PINGGANG ANDA MENERIMA BEBAN KERANA TERPAKSA MENAPIS AIR YANG KOTOR SETIAP HARI.
gambar buah pinggang yang telah rosak


BANTULAH BUAH PINGGANG ANDA KERANA IANYA ADALAH SATU-SATUNYA ANUGERAH TUHAN YANG PERLU DIJAGA DALAM MENJAMIN KESIHATAN YANG BAIK SERTA KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA


KEPENTINGAN AIR dalam tubuh badan kita:

  • membersihkan darah dan melancarkan pengaliran darah
  • membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan
  • menstabilkan suhu badan
  • melembapkan dan melembutkan kulit
  • melahirkan sel-sel baru
  • melambatkan proses penuaan dan lain-lain
walaupun ramai yang sedar akan kepentingan air dalam tubuh badan kita, tetapi ramai yang tidak tahu apakah yang terkandung di dalam air yang kita minum setiap hari. 

  • bakteria atau virus yang mash hidup
  • bahan kimia
  • toksin buangan dari pelbagai industri
  • bahan larut (asbestos, karat, logam berat dan lain-lain)
  • racun serangga
Setelah anda baca kandungan-kandungan tersebut, adakah anda masih ingin meminum air paip yang dibekalkan ke rumah anda?? 

Adakah anda sudah sedar kepentingan air yang besih dan sihat untuk menjamin kehidupan anda??

Saya telah menjumpai air sihat iaitu AIR SIHAT DR SUKIDA. Saya telah meminum air ini selama 1 tahun dan mengalami perubahan yang sangat ketara dalam kehidupan seharian saya. 

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi tentang KEISTIMEWAAN AIR SIHAT DR SUKIDA. 
  • berteknologi nano
  • bersih, selamat dan boleh terus diminum
  • pH air yang beralkali sederhana
  • kelompok molekul air yang kecil
  • mengandungi mineral yang tinggi
  • beroksigen tinggi
  • senang diserap oleh usus
  • rasa air yang semula jadi dan sedap diminum



Di sini juga saya ingin berkongsi KEBAIKAN / KHASIAT MEMINUM AIR SIHAT DR SUKIDA.
  • minum air Dr Sukida dapat menyingkirkan toksik, lemak dan asid dan badan menjadi lebih sihat
  • boleh membantu melangsingkan badan, lebih ceria dan yakin
  • mencuci muka dengan air Dr Sukida akan menjadikan muka lebih bersih, segar, lebih tegang dan menghilangkan jerawat serta bintik hitam
  • mandi dengan air Dr Sukida boleh menghilangkan keletihan, masalah kelemumur, cagu, kulat air dan kudis dapat diatasi
  • merendam sayuran dan buah dalam air Dr Sukida dapat menjadikan buah lebih segar dan menyingkirkan racun serangga
  • merendam ikan, udang dan sotong dalam air Dr. Sukida dapat menghilangkan bau hanyir dan lebih segar.
  • membasuh dan memasak nasi menggunakan air Dr Sukida dapat menjadikan nasi anda lebih berkhasiat, sedap dan tahan lebih lama (lambat basi)
  • mencuci luka dengan air Dr. Sukida dapat menghentikan darah dengan cepat dan memulihkan luka.
AIR SIHAT DR SUKIDA juga memeberikan tindak balas pemulihan yang positif kepada penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh masyarakat Malaysia. Antara penyakitnya adalah:

  • darah tinggi
  • kencing manis
  • masalah jerawat
  • masalah hidung
  • masalah hati
  • alahan kulit
  • gout anemia
  • gastrik
  • buah pinggang
  • ulser perut
  • masalah usus
  • buasir
Cara mengamalkan dan meminum air sihat Dr Sukida:

Pagi: 2 gelas (sebelum gosok gigi)
Petang: 2 gelas pada jam 2 petang
Malam: 2 gelas (sebelum tidur)

untuk kesan yang lebih cepat dan sihat, minumlah air sihat Dr Sukida sekerap yang mungkin dan sekurang-kurangnya 5 litre dalam 2 hari. 



Setelah menyedari kebaikan, khasiat dan masalah kesihatan yang boleh di atasi dengan mengamalkan air Dr Sukida, saya juga ingin berkongsi info tentang setiap fungsi penapis dalam Sistem Penapis Air Dr Sukida Berteknologi Nano. 




Penapis Air Dr Sukida mengandungi 7 kapsul penapis yang menjalankan fungsi-fungsi tertentu mengikut warna. 


penapis seramik: menapis bendasing seperti karat, pasir, lumpur dengan keporosan 0.9 mikron

putih: mengekalkan kealkian air dan meningkatkan kandungan kalsium serta menyekat perkembangan virus  
         dan bakteria.

kelabu: menyingkirkan klorin, warna, bau busuk dan bahan toksik

kuning: menyingkirkan bahan-bahan kimia yang terkandung dalam air dan melembutkan air serta mengekalkan
            keasliannya.

merah: menyusun semula kelompok molekul air menjadi lebih kecil, meningkatkan paras oksigen dan
           merangsang metabolisme.

hijau: meningkatkan resonan frekuensi air menjadi lebih halus serta meningkatkan daya serapan yang lebih
         tinggi

biru: membunuh virus, bakteria, kulat dan mikro-organisma supaya air menjadi lebih selamat dan sihat untuk
       diminum. 


HARGA, TAWARAN DAN JAMINAN WARANTI

terdapat 2 jenis Sistem Penapis Air Teknologi Nano Dr Sukida

  1. UNIT DR 1500 (CLASSIC SERIES) Water Filtration System
    Harga Pasaran RM 680


Ciri-ciri DR 1500

1. Unit DR1500 harga syarikat ialah RM 680
2. Tempoh hayat unit ini hanya 1 tahun sahaja
3. Unit ini boleh dipulangkan kepada syarikat dengan
tambahan bayaran sebanyak RM 1,300
4. DR.SUKIDA akan beri 1unit DR NANO SERIES yang baru 
kepada anda yang berharga RM 1,980 untuk kegunaan harian






      2.  UNIT DR 3500 (NANO SERIES) Water Filtration System
           Harga Pasaran RM 1,980



  • PERCUMA penapis air seramik yang berharga RM 143
  • Harga : RM 1980 (semenanjung)
  •             RM 2080 (sabah & sarawak)
  • 1 tahun waranti
ANDA BERMINAT INGIN MEMASANG DAN PENAPIS AIR DR SUKIDA DI RUMAH ANDA UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN AIR SIHAT UNTUK KESIHATAN??

SILA HUBUNGI :
  • TALIB : 017 6644 248
  • ASIAH: 017 245 1619

Tuesday, November 23, 2010

cube lihat kuku anda... panjang x? bila lagi nak potong tu??

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. 


Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. 

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. 

Percayalah. 

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. 


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. 

disunatkan potong kuku hari Jumaat... 

ingin juga dikongsikan cara memotong kuku mengikut sunnah


Sunday, November 7, 2010

DIET





Saya berdarah AB....
apa kene mengena darah dengan diet kan??
saye bace artikel... diet mengikut jenis darah...
ini mungkin juga penyelesaian kenape diet kita selalu x menjadi....

sesiapa yang berdarah AB jugak.... saya kongsikan tips diet ni....
renungkan....jgn renung sahaja.... amalkan dan cuba... hehehe
pesanan kepada diri sendiri juga...


Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
selamat mencuba!