CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

---^____^---

Daisypath Happy Birthday tickers

My Lovely Ning

PitaPata Cat tickers
Showing posts with label teachers. Show all posts
Showing posts with label teachers. Show all posts

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru


SELAMAT HARI GURU KEPADA:

1. EMAK : ASIAH BT HASSAN 
- GURU PERTAMA YANG MENGAJAR KU MEMEGANG PENSEL & MEMBACA

2. CIKGU TADIKA : CIKGU IS

- GURU YANG MEMBERIKAN PENGALAMAN BERSEKOLAH YANG MENARIK DAN MENYERONOKKAN. BELAJAR MENGEJA, MEMBACA DAN BERMAIN

3. CIKGU TAHUN 1 : PN WOK JAMALIAH

- GURU YANG SANGAT BAIK. MENGAJAR AKU MENGEJA DAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK. TUISYEN BERSAMA ATIKAH DI RUMAH NYA. SANGAT KEIBUAN. INGAT LAGI.. KALAU TUISYEN ENGLISH MESTI ADA SPELLING.. 

4. GURU-GURU SEKOLAH RENDAH METHODIST, PJ

5. USTAZAH-USTAZAH DI SEKOLAH RENDAH AGAMA KG KERINCHI & MAKCIK MENGAJI

- TELAH MENGAJAR AKU ILMU AGAMA DAN PANDAI MENGAJI AL-QURAN... ALHAMDULILLAH

6. GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL SAMAD, PJ

6. GURU-GURU SAINS MUAR, JOHOR
- MERUPAKAN GURU YANG SANGAT BERDEDIKASI DEMI KEJAYAAN PELAJAAR-PELAJARNYA.... 

7. PARA PENSYARAH DI MATRIKULASI GOPENG, PERAK

8. PARA PENSYARAH DI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, KL

- MERUPAKAN PENSYARAH YANG TELAH MEMBINA DAN MEMBENTUK AKU UNTUK MENJADI SEORANG GURU YANG BAIK PADA MASA AKAN DATANG. 

9. RAKAN-RAKAN YANG TELAH BANYAK MEMBANTU SEPANJANG HIDUP INI

- DARI SEGALA ASPEK MAHUPUN AKADEMIK DAN KEHIDUPAN. KAMU JUGA GURUKU YANG MEMBANTU AKU MENYELESAIKAN MASALAH SERTA BERKONGSI ILMU DAN KEMAHIRAN BERSAMA...

KEPADA SEMUA GURU-GURU KU... 


HANYA UCAPAN TERIMA KASIH YANG MAMPU AKU LAFAZKAN 
ATAS ILMU DAN KEMAHIRAN YANG TELAH KALIAN CURAHKAN 
DAN AKU MENGUNAKAN SEHINGGA SAAT INI.
TIDAK CUKUP KATA-KATA UNTUK MENJELASKAN JASA KALIAN TERHADAP AKU INI....

HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALAS JASA KALIAN...

Sunday, April 24, 2011

special edit


hadiah hari terakhir

hadiah hari terakhir... jumaat 22 April 2011
ros kain daripada raihana
surat daripada alya maisarah
tupperware set daripada guru pembimbing, cikgu wan izyan.

set tupperware comel daripada guru pembimbing

surat daripada alya maisarah


rose

 saya sangat gembira sebab dapat bunga ros daripada murid...
saya x sangke pun akan ade murid yang akan hadiahkan saya bunga ros.... hehehe.......
bunga ros kain daripada raihana..... 
alhamdulillah dan bersyukur..... 
sudah digantung untuk dikeringkan... huhu
berada di atas printer sebelum digantung


hadiah daripada raja nurin jaslina
"khas untuk cikgu tersayang.... daripada raja nurin jaslina, 2 fokus"
cikgu pun sayang kamu sangat.....

berada di meja solek,...
kad ucapan bersama dengan bunga daripada nurin

Friday, April 22, 2011

kompilasi hadiah murid

Thursday, April 21, 2011

hadiah daripada murid....

bingkai gambar dan gambar nur iffah insyirah

hadiah daripada andi... budak gemok yang comel.

fresh rose dan kad daripada raja nurin jaslina.... murid perempuan yang paling comel dan disayangi

kad ucapan daripada nurin..... ucapan yang cukup memberi semangat.... touching betul... tulis sendiri.

mug gergasi daripada firdaus zainudin... selalu aku terpanggil name bapak dia dlm kelas... sbb ade 2 firdaus. hehe.
maafkan cikgu.

lukisan batik hadiah daripada pihak sekolah...
hadiah yang masih berbungkus...

setelah bungkusan dibuka... alhamdulillah... terima kasih murid2.

bingkai gambar kayu daripada rosalinda.

frame surah al ikhlas daripada syafikah....

Saturday, March 26, 2011

kursus perguruan

ni saya nak bagi amaran kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading atau institut pengajian tinggi...

masa isi borang tu, pilih la kos yang sesuai dengan minat dan jantina anda...

contohnya, jurutera bidang engineering.... x sesuai la untuk perempuan.... masa kerja sampai lewat malam.... sanggup ke nak tinggal laki ngan anak2 kat rumah dengan orang gaji je? semua orang dah tdo baru nak balik.... memang la gaji mewah... tapi korang pikir la risikonye....

at the end nanti, bile dah praktikal final sem barulah rase mase sebenar mcm bekerja nanti....

 tup-tup belum grad pun lagi, dah buat keputusan nak ambil kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI)!!!

aku pantang betul la dengan golongan macam ni.... kenapa dr awal2 x nk mintak je program PPC (program pelajar cemerlang) dan PISMP????

 sbb pikir ape la sgt kerjaya guru kan???

dah tu apahal at the end bile dah rase susah ngan kerjaya yg korang minat tu tetibe nk jadi cikgu?

 korang bukan minat pun.... terpaksa la kan? sbb jadi cikgu senang la pada pikiran korang????

pada pandangan mata kasar semua kate kerja cikgu ni senang kan? jgn tuduh serbarangan ok! nanti bebila aku free aku share experience aku... aku ni guru pelatih lagi... program PISMP yang belajar 5 tahun stgh nk jadi cikgu dan sekarang berada di tahun akhir..... insyaallah tahun ni tamat pengajian dan akn bergelar guru pada awal tahun hadapan!

Friday, March 4, 2011

NO LESSON PLAN NEXT WEEK BUT....

Tuesday, February 22, 2011

update keputusan pre-test

50% mendapat A
yeahh......... hampir separuh murid dapat keputusan yang amat memberangsangkan....
hope ujian bulanan 3 nanti diorang dapat result mcm ni jugak la dengan motivasi ganjaran berupa hadiah yang telah aku sediakan untuk diorang.... hehehe

Thursday, February 17, 2011

achievement test

esok saya nak buat achievement test... about 30 min....
tujuan:
1) untuk pastikan murid paham dengan apa yang saya telah ajar
2) untuk pastikan bahagian yang murid tidak fahami
3) untuk pastikan P&P berkesan
4) untuk menyediakan murid menghadapi ujian bulanan pada bulan mac nanti....

huhu... cikgu dah siap soalan ni.... excited tau... mlm dah siap g photostat...
tp seriusly nervous sebab takut budak boleh jawab ke x dengan elok.... huhuhu.....

target: 80% lulus.... huhuhu.... tinggi sgt ke target ni???
wait n see the result on tomorrow night!