CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

---^____^---

Daisypath Happy Birthday tickers

My Lovely Ning

PitaPata Cat tickers

Tuesday, May 31, 2011

rase mcm nk buat pizza lagi...

bahan utuk buat pizza ade lagi... hehe. nk buat la jap lg... ini resepinye... try la buat kalo rajin. simple je.
·         
KULIT PIZZA
·         500gm tepung gandum (Cap Sauh)
·         1/2 bungkus yis mauripan
·         1 Cawan air suam
·         1/2 cawan minyak masak
·         Garam secukup rasa
·     
 INTI PIZZA
·         6 Keping Daging burger(Dilenyek) - guna daging or ayam cincang Ramly
·         1 Tin Tomato puree - guna sos tomato je pun bole,
·         1 Tin Marshroom (Dihiris Nipis2)
·         2 Biji bawang besar( Potong Dadu)
·         6 hot dog (Dihiris)
·         Lada hitam serbuk,Oregano,garam, gula secukupnya.
·         Cheese Morzella ikut suka byk mana


Cara-cara
1.    Utk kulit. Gaul Tepung b'sama yis + garam + air suam uli hingga m'jad doh.
2.    Masuk minyak dan uli lg hingga sebati dan tak melekat di tangan biarkan doh naik sedikit uli lg dan canaikan di atas dulang yg tlah griskan dgn butter.
3.    
INTI PIZZA Daging buger + Tomato puree + Marshroom +bawang besar+ lada hitam+garam+gula + Oregano Gaul sebati.
4.    Letakkan inti diatas kulit pizza dan ratakan tbur hot dog dan cheese kalu nak letak nenas ke lada bangala ke...letk jer atas 2...bila kulit dah naik sket blehlah bakar dgn suhu 190"c 20 min
5.    
PIZZA SIAP

percutian 3 malam 2 hari.... (batu pahat-kota tinggi-pasir gudang-ayer itam-kl)

jumaat malam yang lepas, saya, mak ayah & ning (kucing) telah bertolak pulang ke batu pahat. tujuan balik ke kg kali ni untuk pergi majlis kenduri kawen sedara mara....

hari sabtu ade 2 kenduri kat batu pahat. pastu petang tu bertolak ke kota tinggi plak... 

sepanjang perjalanan ke kota tinggi ni.. aku terpikir... xyah kene hantar ke sabah @ sarawak untuk rase pedalaman tu.... apa yang aku nampak di kiri dan kanan jalan aadalah ladang kelapa sawit dan perumahan rancangan felda. ade juga name tempat yang aku x pernah dengar iaitu Lingui. korang pernah dengar? memang terpikir habis la kalo la aku kene campak kat situ... mcm mane la nak sesuaikan diri... huhuhu... xde ape pun... terpikir jap bersediakah aku nak menghadapi cabaran mcm tu nanti andai dah takdir menentukan... huhu. takut. nak kuar ke bandar mengambil masa lebih kurang 2 jam... itupun kalo berani nak drive.. kalo x berani xtahula gamaknya apa nak jadi... huhu serius bermacam2 persoalan timbul dalam kepala aku time tu.... insyaallah aku redha dan apa yang allah telah rancangkan untuk kita itu adalah yang terbaik.... perjalanan ke kota tinggi ni membuatkan aku merefleksi diri seketika....



sampai kat kota tinggi, rumah atuk busudin ni pun dalam felda, felda air tawar 3. sedara yang datang memang ramai... memang masalah la sebab aku ni kan bawak peneman iaitu ning. mane la aku nak letak si ning ni... akhirnya aku buat keputusan untuk membiarkan ning lepas dalam kete sahaja... sbb kalo letak dlm sangkar nanti dia bising mengiau nak kuar.... so biarkan lepas dan bebas dalam kete... hehehe... dlm setiap setgh jam atau sejam aku dtg melawat dia... pandai dia tdo sendiri... nasib baik ko ni kucing baik. x meragam sangat. heheheh

hari ahad, hari majlis tu berlangsung la.... ramai betul sedara yang datang n aku xkenal pun... hahaha. pastu tengah hari tu dah decide nak balik sbb kesian kat kucing ni.. panas dok dalam kete. on da way balik ke batu pahat semula tetiba ayah aku tukar plan kate nak pegi pasir gudang (rumah pok su) sbb katenye dah dekat... pastu kol pok su n bgtau dia n kami pun meneruskan perjalanan ke pasir gudang... sementara menunggu pok su yg balik dr batu pahat gak... kami cari la tempat nak jalan2 kat pasir gudang ni.... xde shopping kompleks dan akhirnya terjumpa kompleks pusat bandar pasir gudang.... so pegi la jalan2 kat situ.... xde beli ape pun cuma beli ayam, sayur n dinamo... hahaha,,, sbb ade jualan murah.

bila dah jumpe pok su, kitaorg balik ke rumah dia dulu. makan malam kami di pusat perlancongan pantai senibong. best la gak tempat ni... kebanyakkan restoran atas air. tempat ni mcm pinggir laut la dan boleh nampak singapura... malam2 ni cantik la sbb ade lampu kat sebelah kawasan singapura tu.... makanan kat situ not bad la n harga standard tempat melancong.... boleh pilih utuk masak ikan yang besar2 tu and masakan panas. malam tu pok su belanja kami makan satay, nasi goreng sea food, sotong goreng tepung dan banyak lagi.... alhamdullillah sedap n kenyang... hehehe. 

mcm ni permandangan dari kedai makan kat pantai senibong ni.... 




pukul 6 hari isnin, kami bertolak balik. xlalu highway so we decide utk lalu ayer hitam... x singgah mane2 kedai pun sbb memang xde rase nak shopping... ning pulak mcm tahu2 je dah nak balik.... diam je dia. tdo elok je dlm kete... bgn kejap2 sbb ayah berhenti rehat pastu dia sambung tdo balik.... pandai si ning ni. sampai kl pukul 12 malam. tamat.

Friday, May 27, 2011

crabby finger!

check it out, babe! 


sorry babe..
I couldn't find perfect pic to represent messy finger.. huh

Saturday, May 21, 2011

keep moving

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru


SELAMAT HARI GURU KEPADA:

1. EMAK : ASIAH BT HASSAN 
- GURU PERTAMA YANG MENGAJAR KU MEMEGANG PENSEL & MEMBACA

2. CIKGU TADIKA : CIKGU IS

- GURU YANG MEMBERIKAN PENGALAMAN BERSEKOLAH YANG MENARIK DAN MENYERONOKKAN. BELAJAR MENGEJA, MEMBACA DAN BERMAIN

3. CIKGU TAHUN 1 : PN WOK JAMALIAH

- GURU YANG SANGAT BAIK. MENGAJAR AKU MENGEJA DAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK. TUISYEN BERSAMA ATIKAH DI RUMAH NYA. SANGAT KEIBUAN. INGAT LAGI.. KALAU TUISYEN ENGLISH MESTI ADA SPELLING.. 

4. GURU-GURU SEKOLAH RENDAH METHODIST, PJ

5. USTAZAH-USTAZAH DI SEKOLAH RENDAH AGAMA KG KERINCHI & MAKCIK MENGAJI

- TELAH MENGAJAR AKU ILMU AGAMA DAN PANDAI MENGAJI AL-QURAN... ALHAMDULILLAH

6. GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL SAMAD, PJ

6. GURU-GURU SAINS MUAR, JOHOR
- MERUPAKAN GURU YANG SANGAT BERDEDIKASI DEMI KEJAYAAN PELAJAAR-PELAJARNYA.... 

7. PARA PENSYARAH DI MATRIKULASI GOPENG, PERAK

8. PARA PENSYARAH DI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, KL

- MERUPAKAN PENSYARAH YANG TELAH MEMBINA DAN MEMBENTUK AKU UNTUK MENJADI SEORANG GURU YANG BAIK PADA MASA AKAN DATANG. 

9. RAKAN-RAKAN YANG TELAH BANYAK MEMBANTU SEPANJANG HIDUP INI

- DARI SEGALA ASPEK MAHUPUN AKADEMIK DAN KEHIDUPAN. KAMU JUGA GURUKU YANG MEMBANTU AKU MENYELESAIKAN MASALAH SERTA BERKONGSI ILMU DAN KEMAHIRAN BERSAMA...

KEPADA SEMUA GURU-GURU KU... 


HANYA UCAPAN TERIMA KASIH YANG MAMPU AKU LAFAZKAN 
ATAS ILMU DAN KEMAHIRAN YANG TELAH KALIAN CURAHKAN 
DAN AKU MENGUNAKAN SEHINGGA SAAT INI.
TIDAK CUKUP KATA-KATA UNTUK MENJELASKAN JASA KALIAN TERHADAP AKU INI....

HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALAS JASA KALIAN...

Monday, May 9, 2011

comey =) choose ur favourite mr / miss...

flash cards comey... learn to count and read