CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

---^____^---

Daisypath Happy Birthday tickers

My Lovely Ning

PitaPata Cat tickers

Saturday, March 26, 2011

kursus perguruan

ni saya nak bagi amaran kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading atau institut pengajian tinggi...

masa isi borang tu, pilih la kos yang sesuai dengan minat dan jantina anda...

contohnya, jurutera bidang engineering.... x sesuai la untuk perempuan.... masa kerja sampai lewat malam.... sanggup ke nak tinggal laki ngan anak2 kat rumah dengan orang gaji je? semua orang dah tdo baru nak balik.... memang la gaji mewah... tapi korang pikir la risikonye....

at the end nanti, bile dah praktikal final sem barulah rase mase sebenar mcm bekerja nanti....

 tup-tup belum grad pun lagi, dah buat keputusan nak ambil kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI)!!!

aku pantang betul la dengan golongan macam ni.... kenapa dr awal2 x nk mintak je program PPC (program pelajar cemerlang) dan PISMP????

 sbb pikir ape la sgt kerjaya guru kan???

dah tu apahal at the end bile dah rase susah ngan kerjaya yg korang minat tu tetibe nk jadi cikgu?

 korang bukan minat pun.... terpaksa la kan? sbb jadi cikgu senang la pada pikiran korang????

pada pandangan mata kasar semua kate kerja cikgu ni senang kan? jgn tuduh serbarangan ok! nanti bebila aku free aku share experience aku... aku ni guru pelatih lagi... program PISMP yang belajar 5 tahun stgh nk jadi cikgu dan sekarang berada di tahun akhir..... insyaallah tahun ni tamat pengajian dan akn bergelar guru pada awal tahun hadapan!

Monday, March 21, 2011

raja lawak 5

" fahmi, ko suruh la cikgu tulis nape ko kat depan tu" kata adam dengan gaya sengih
"nape?" tanye fahmi dengan terpinga.....
" raja lawak 5" kata adam dengan selamba.....


" ape awak cakap adam?" tetibe aku terdengar part yang raja lawak tu.....
" tu cikgu tulis name raja lawak 5 eh?" tanye fahmi dengan muka x bersalah.....

hahahaha..... nak tahu ape yang sebenarnya berlaku.....

semasa adam ngan fahmi pergi solat, aku telah cakap, sape bising, cikgu tulis name dia kat depan....
nanti x boleh balik...
so ade la nama ain natasya kat situ....

pastu aku pun tulis name si adam ni senyap2... haha dia x perasan...
pastu aku pun cakap la..."adam pun xboleh balik....."
mase ni.. fahmi xde... dia pergi tandas....

adam dan fahmi ni kawan baik.... so agaknye dia nak suh si fahmi ni temankan dia....
tu yang dia kelentong si fahmi tu mcm tu.... hahahaha

aku pun gelak dlm kelas....

Friday, March 18, 2011

perahu kertas

entah ape yang sedang bermain di fikiran ku sebenarnya sekarang ini.....
ku rasakan semakin aku mencari... semakin ianya menjauhi....
seperti tiada harapan kepadaku untuk merasainya kembali....
aku akui.... aku jeles dengan rakan-rakan yang menikmatinya....
namun, aku masih belum diberi kesempatan untuk merasainya kembali....


mungkinkah aku perlu berhenti mencari?
sabarkah aku melihat sekitarku ini?


ya allah, tabahkanlah hati hamba mu ini.... hanya kepadaMu aku bermohon dan mengadu.... 


Wednesday, March 16, 2011

air ballon fiesta....

huhu.... mcm seronok je kalo dapat naik air baloon...
tapi sape la nak bawak kite ni.... huhu... sedey2....



http://www.myballoonfiesta.com/index.html

btw, sape yg dpt pegi sane tu... enjoy ur day!

Monday, March 14, 2011

it's all about motivation!

KEPADA SESIAPA YANG MASIH BERGELAR PELAJAR...... 


kadang kala kita sering mengeluh.... arghhh banyak buku nak kene bace bile time exam.... sampai bersengkang mata tidur lewat....  dan ingatlah....



dan segalanya bermula dari dalam diri itu sendiri......

gagal dan jatuh itulah yang mengajar erti mencapai kejayaan yang sebenar....
 oleh itu janganlah terlalu bersedih jika anda gagal atau jatuh tetapi belajarlah daripada kesilapan untuk mencapai kejayaan.....


bukan sahaja gagal dalam belajar... tetapi lumrah kehidupan itu.... manusia sering melakukan kesilapan....
belajar daripada kesilapan merupakan pembelajaran yang terbaik dan berkesan untuk memperbaiki diri....

alangkah bagusnya kalo dapat jadikan bilik darjah mcm ni.... mesti murid sangat bermotivasi hendak belajar!
(angan-angan nak buat kelas sendiri mcm ni la nanti... ^_^)


"teacher who enjoy teaching and share their interest and enthusiasm for the subject tend to produce students who like to learn"

hikayat merong mahawangsa (HMM) two thumbs up!


semalam...
dengan fara pergi ke rumag nadzirah... kenduri doa selamat adiknya nak fly ke jepun.... alhamdulillah kenyang =)

pastu pergi meronggeng...... pegi mines tgk la wayang...
walaupun dpt sit dua baris dr depan... not bad la... nasib baik x sakit tengkok.... =0 


tahniah kru production.... filem yang sgt best.... mainan emosi yang menyeluruh... tersentuh hati... semua elemen ade... humor yang paling best! BEST SGT LA... mcm nak tgk lagi sekali je.....=)

Saturday, March 12, 2011

Friday, March 11, 2011

oooo yeah.....

proposal dan portfolio dah siap.... hehehhe... rase lega kot....
nak balas tdo mlm ni puas... ngnatuk tau... kul 5.30 br tdo smlm....
kul 10 bgn semula sambung jap.... hehehe... terponteng sekolah plak hari ni... nasib baik x ngajar....

Thursday, March 10, 2011

bahawa mati itu benar.....

8 march 2011...... mak long ku telah pergi meninggalkan kami....
5 tahun terbaring sakit.... akhirnya tamat segala penderitaannya......

sedih sangat.....

mendengar talkin kematian sangat menginsafkan diriku yang lalai dan alfa ini dengan dugaan dunia yang fana ini.....
ya allah, berilah aku hidayah untuk berubah...sesungguhnya aku berusaha.....

kehidupan di dunia hanya sementara sahaja.... ingatlah mati itu benar......

** sesiapa yang meninggal pada hari jumaat, maka dia terlepas seksa kubur......

Sunday, March 6, 2011

mulakan......

dengan ucapan "Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

ingin saya kongsikan kelebihan membacanya, walaupun hanya nampak mudah dan remeh...
renung2kan lah kehebatan kalimah ini yang sangat mudah untuk diamalkan sebelum membuat segala pekerjaan...

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. “BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ” (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas ‘ ud berkata: ” Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ”

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ” Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ”

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

oleh itu, marilah kita mengamalkan kalimah ini dalam kehidupan seharian... 
ucapkan bismillah sebelum memulakan segala pekerjaan semoga kita diredhai dan diberkati...

doa belajar.... bagi sesiapa yang masih belajar mahupun di sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi dan sebagainya.... bacalah doa untuk mendapat keberkatan ilmu.... 


doa dipermudahkan segala urusan....

bagi yang sedang sibuk membuat assignment, proposal dan bermacam-macam lagi la... 
sebab itu yang sedang berada dalam fikiran saya sekarang ini.....
bacalah doa ini, semoga dipermudah kita melakukannya dengan baik dan cemerlang... insyaallah....

doa ini juga untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan semoga dipermudahkan menjawab dengan tenang dan betul.... 

dan segala urusan hidup.... agar segalanya berjalan dengan lancar dan diredhai.... insyaallah....


dan untuk murid2 saya, cikgu ucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan minggu ini.....
insyaallah kamu semua dapat menjawabnya dengan tenang dan betul.... amin...


dan saya... perlulah teruskan menyiapkan kertas cadangan aka proposal yang perlu dihantar pada minggu ini.... huhu...
 insyaalah. diharap semuanya berjalan dengan lancar.... 
as closure....
walaupun kita banyak kerja dan sering dilanda pelbagai ujian... hadapilah dengan gembira dan bersabarlah....
walaupun kadang kala saya sendiri berasa terlalu sedih dengan apa yang dilalui sekarang ini....
saya tawakal dengan ujian yang diberikan ini... insyaallah....
saya masih ada ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan yang masih sayangkan saya... dan 
saya juga sayang kucing saya....
saya xnak sedih lagi.... hidup perlu diteruskan.... insyaallah segalanya sudah ditentukan oleh Allah akan baik dan buruknya segala kejadian itu.... terima dengan redha.... segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya.....


at last ade sentuhan emosi yang peribadi..... but for me.. its ok... =). this is my site!

Friday, March 4, 2011

NO LESSON PLAN NEXT WEEK BUT....