CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

---^____^---

Daisypath Happy Birthday tickers

My Lovely Ning

PitaPata Cat tickers

Tuesday, June 28, 2011

pengalaman volunteer Standard Chartered Marathon KL 2011

ini adalah kali pertama menjadi volunteer bg event2 besar yang ada kat kl ni.... pengalaman yg dpt dr event ni memang menyeronokkan... penat tu memang la tetapi pengalaman tu x dpt kt mane2....

bermula jam 8 mlm (sabtu) aku dah bertolak dari rumah. Nak jumpe dgn ata kul 8.30 kat stesen masid jamek sebelum tukar tren ke bukit jalil. around 8.45 kitaorg dah naik tren ke stesen bukit jalil. dr stesen tu, kami berjalan menuju ke dewan sri putra yg terletak berdekatan dengan stadium putra bukit jalil dan majlis sukan negara... huhu. berpeluh gak la mencari tempat tu... dah la mlm... dgn bantuan panduan jalan drpd kwn kami yg dah sampai terlebih dahulu iaitu arep dan syukur, alhamdulillah, kami selamat sampai...

kawan-kawan yang turut sama adalah: ata, arep, fiz, ibah, syukur, umairah, awa, jai, ifah.

pendaftaran bermula jam 10 malam. pada mulanya kami diminta mendaftarkan diri pd bahagian route tetapi kaunter yang dibuka adalah site, route marshal dan route water station... hehehe. so kami membuat keputusan memilih route water station. seronok sket bg air... hehe. lepas daftar, kami dibagikan kepada group yang berbeza... memang berpecah la semua... huhu. xpe.. leh dpt kwn dgn org lain...

pada jam 12, kami berkumpul mengikut group dan leader telah memberikan briefing mengenai pembahagian tugas di station nanti. sementara menunggu jam 2.30 pagi untuk bertolak ke kawasan masing-masing, kami diberikan beg, air mineral, 100 plus, makanan pagi dan rain coat sbg bekalan.

stesen yang saya jaga adalah water station (R4) sector F untuk full and half marathon (42 and 21 km) bertempat di jln cheras. lokasinya di hadapan flat pkns dan sekolah rendah sri cheras... bak kate kwn-kawan, aku dpt tempat yg x mengembangkan otak... hahaha. sbb dah biase sgt dkt situ coz memang dekat ngan mktb.... hehe. tp pengalaman yang aku dapat yang luarbiasa...

dengan menaiki bas rapid kl yg disewa khas, group kami telah sampai di lokasi. di sana ada pegawai yang telah menunggu dengan segala keperluan yang diperlukan di stesen itu. setelah briefing, kami pun memulakan kerja memunggah brgan daripada trak DBKL. meja, air mineral, 100 plus, cawan, pisang dan bermacam kelengkapan yang diperlukan dipunggah terlebih dahulu. kemudian, barulah kami menyusun meja di tepi jalan. terdapat 4 stesen pada lokasi ini iaitu stesen air 100 plus, air mineral, pisang dan special drink.

setelah berhempas pulas dr jam 3 pagi hingga jam 4.30 pg dan semuanya telah siap, kami diberi rehat 15 min sebelum menerima kunjungan peserta marathon. aku pun mkn2 sket dgn bekalan yg ada supaya ada tenaga nanti... huhu, pegawai tu ckp.. its going to be a busy time during 6 to 8 am.

pada jam 5.30 pg, kami telah bersedia dengan telah menyusun cawan dan tuang air untuk menerima kunjungan group yang pertama. larian telah dimulakan pada jam 5 pg. group pelari yang pertama sampai di stesen kami adalah group pelari dari kenya. fuh laju gila dia lari dan yg paling mengejutkan kami adalah, dia sape je semua atas meja tu... semua tercengang.. haha. pengalaman pertama.... then, pegawai tu ckp, ini lah yg akan dihadapi sepanjang menjaga stesen air ni.... hehehe.

dan... yg paling excited adalah menunggu adik saya (nazrin shah) untuk melalui stesen ini. hehe. dia lari full marathon. dan akhirnya pada jam 6.30 pg dia sampai dan secara automatik sy telah menjerit,, adik, air! hehehe. semangat tau.... hehehe. adik sampai antara yg terawal la... dlm 30 org pertama gak...

lepas tu keje aku menuang air dan menyusun cawan kembali seperti biasa la... huhu... sampai sakit pinggang gak.... mase dah ramai2 tu mcm2 gelagat... ade yg amek je sebotol air mineral tu... ade yg mintak tuangkan dalam botol.... ade jugak yg berhenti makan ubat la..... mintak teh o la, teh susu la, nasi lemak la, tongkat ali la.... hehe. ini yg membuatkan suasana bertambah meriah dan dihiasi gelak tawa semasa bekerja... seronok la... pelari pun ade yg menghargai volunteer by saying "thank u volunteer, u have done good job!" wah mase ni memang terasa dihargai dan x kisah dah penat mase tu... hehe.

lebih kurang jam 9 pg, kami telah siap berkemas. ni part yang x best. kepenatan tu terasa gila dgn ditambah mengantuk x tdo satu mlm. memang dah x larat la mase ni. tunggu bas pulak punyela lama... sampai nak tetdo2 dok menunggu. akhirnya bila dah naik bas, aku terlelap dgn tdo sambil tersengguk2.... serius memang dah x larat. huhu.

then, sampai semula kt dewan tu, lega la sket sbb dah tetdo sekejap... walaupun penat dan mengantuk masih terasa. then, tunggu jap, brg dipulangkan semuala n collect payment.... hehe. RM 40 dan voucher dr new balance dan subway... ok la. alhamdullillah.....

then, dlm jam 12, saya dan ata pulang bersama-sama berjalan kaki menuju ke stesen lrt semula.... hehehe. tamatlah cerita pengalaman menjadi volunteer untuk kali ini.... mungkin ade yg terlupa nak cerita... xpe... nanti dah ingt. saya update post ni.... hehehe.

adik dapat finisher dgn catatan masa 4 jam.... group kenya tu dpt catatan mase 2 jam utk full marathon.

2 comments:

~Queen Q~

Que pn volunteer SCKM jugak.. tapi event day xkeje.. q keje time nak bagi racepack collection je :)

miss crabby finger

owh really.... next year mintak utk event day plak ye... best!