CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

---^____^---

Daisypath Happy Birthday tickers

My Lovely Ning

PitaPata Cat tickers

Tuesday, June 28, 2011

pengalaman volunteer Standard Chartered Marathon KL 2011

ini adalah kali pertama menjadi volunteer bg event2 besar yang ada kat kl ni.... pengalaman yg dpt dr event ni memang menyeronokkan... penat tu memang la tetapi pengalaman tu x dpt kt mane2....

bermula jam 8 mlm (sabtu) aku dah bertolak dari rumah. Nak jumpe dgn ata kul 8.30 kat stesen masid jamek sebelum tukar tren ke bukit jalil. around 8.45 kitaorg dah naik tren ke stesen bukit jalil. dr stesen tu, kami berjalan menuju ke dewan sri putra yg terletak berdekatan dengan stadium putra bukit jalil dan majlis sukan negara... huhu. berpeluh gak la mencari tempat tu... dah la mlm... dgn bantuan panduan jalan drpd kwn kami yg dah sampai terlebih dahulu iaitu arep dan syukur, alhamdulillah, kami selamat sampai...

kawan-kawan yang turut sama adalah: ata, arep, fiz, ibah, syukur, umairah, awa, jai, ifah.

pendaftaran bermula jam 10 malam. pada mulanya kami diminta mendaftarkan diri pd bahagian route tetapi kaunter yang dibuka adalah site, route marshal dan route water station... hehehe. so kami membuat keputusan memilih route water station. seronok sket bg air... hehe. lepas daftar, kami dibagikan kepada group yang berbeza... memang berpecah la semua... huhu. xpe.. leh dpt kwn dgn org lain...

pada jam 12, kami berkumpul mengikut group dan leader telah memberikan briefing mengenai pembahagian tugas di station nanti. sementara menunggu jam 2.30 pagi untuk bertolak ke kawasan masing-masing, kami diberikan beg, air mineral, 100 plus, makanan pagi dan rain coat sbg bekalan.

stesen yang saya jaga adalah water station (R4) sector F untuk full and half marathon (42 and 21 km) bertempat di jln cheras. lokasinya di hadapan flat pkns dan sekolah rendah sri cheras... bak kate kwn-kawan, aku dpt tempat yg x mengembangkan otak... hahaha. sbb dah biase sgt dkt situ coz memang dekat ngan mktb.... hehe. tp pengalaman yang aku dapat yang luarbiasa...

dengan menaiki bas rapid kl yg disewa khas, group kami telah sampai di lokasi. di sana ada pegawai yang telah menunggu dengan segala keperluan yang diperlukan di stesen itu. setelah briefing, kami pun memulakan kerja memunggah brgan daripada trak DBKL. meja, air mineral, 100 plus, cawan, pisang dan bermacam kelengkapan yang diperlukan dipunggah terlebih dahulu. kemudian, barulah kami menyusun meja di tepi jalan. terdapat 4 stesen pada lokasi ini iaitu stesen air 100 plus, air mineral, pisang dan special drink.

setelah berhempas pulas dr jam 3 pagi hingga jam 4.30 pg dan semuanya telah siap, kami diberi rehat 15 min sebelum menerima kunjungan peserta marathon. aku pun mkn2 sket dgn bekalan yg ada supaya ada tenaga nanti... huhu, pegawai tu ckp.. its going to be a busy time during 6 to 8 am.

pada jam 5.30 pg, kami telah bersedia dengan telah menyusun cawan dan tuang air untuk menerima kunjungan group yang pertama. larian telah dimulakan pada jam 5 pg. group pelari yang pertama sampai di stesen kami adalah group pelari dari kenya. fuh laju gila dia lari dan yg paling mengejutkan kami adalah, dia sape je semua atas meja tu... semua tercengang.. haha. pengalaman pertama.... then, pegawai tu ckp, ini lah yg akan dihadapi sepanjang menjaga stesen air ni.... hehehe.

dan... yg paling excited adalah menunggu adik saya (nazrin shah) untuk melalui stesen ini. hehe. dia lari full marathon. dan akhirnya pada jam 6.30 pg dia sampai dan secara automatik sy telah menjerit,, adik, air! hehehe. semangat tau.... hehehe. adik sampai antara yg terawal la... dlm 30 org pertama gak...

lepas tu keje aku menuang air dan menyusun cawan kembali seperti biasa la... huhu... sampai sakit pinggang gak.... mase dah ramai2 tu mcm2 gelagat... ade yg amek je sebotol air mineral tu... ade yg mintak tuangkan dalam botol.... ade jugak yg berhenti makan ubat la..... mintak teh o la, teh susu la, nasi lemak la, tongkat ali la.... hehe. ini yg membuatkan suasana bertambah meriah dan dihiasi gelak tawa semasa bekerja... seronok la... pelari pun ade yg menghargai volunteer by saying "thank u volunteer, u have done good job!" wah mase ni memang terasa dihargai dan x kisah dah penat mase tu... hehe.

lebih kurang jam 9 pg, kami telah siap berkemas. ni part yang x best. kepenatan tu terasa gila dgn ditambah mengantuk x tdo satu mlm. memang dah x larat la mase ni. tunggu bas pulak punyela lama... sampai nak tetdo2 dok menunggu. akhirnya bila dah naik bas, aku terlelap dgn tdo sambil tersengguk2.... serius memang dah x larat. huhu.

then, sampai semula kt dewan tu, lega la sket sbb dah tetdo sekejap... walaupun penat dan mengantuk masih terasa. then, tunggu jap, brg dipulangkan semuala n collect payment.... hehe. RM 40 dan voucher dr new balance dan subway... ok la. alhamdullillah.....

then, dlm jam 12, saya dan ata pulang bersama-sama berjalan kaki menuju ke stesen lrt semula.... hehehe. tamatlah cerita pengalaman menjadi volunteer untuk kali ini.... mungkin ade yg terlupa nak cerita... xpe... nanti dah ingt. saya update post ni.... hehehe.

adik dapat finisher dgn catatan masa 4 jam.... group kenya tu dpt catatan mase 2 jam utk full marathon.

Wednesday, June 22, 2011

esok warna kuning... my favourite!

hari isnin warna putih
hari selasa warna merah jambu / ungu
hari rabu warna biru
hari khamis warna kuning
hari jumaat warna hijau

2 hari yang lepas dapat keputusan exam sem lepas... alhamdulillah walaupun menurun sedikit tp still leh maintain. 3.75 dan gred terkumpul 3.67 walaupun nak dapat first class honour  tu memang xde harapan sbb 3.8 standard IPGM. huhu

now excited nak tunggu Standard Chartered KL Marathon sbb jadi volunteer... hehehe.

Sunday, June 19, 2011

semester terakhir di tahun terakhir akan bermula esok.....

alhamdulillah... sudah 5 tahun bergelar pelajar / guru pelatih.... insyaallah lagi 6 bulan sahaja lagi gelaran itu akan tamat buat seketika... yela... bukan selamanya... seronok jadi pelajar dan belajar... insyaallah kalo ade rezeki boleh sambung lagi.... doakan yer.....

yang tinggal kini di semester terakhir adalah penulisan laporan kajian tindakan dan beberapa subjek lagi... semester terakhir di tahun akhir ni dah x sesibuk pelajar di tahun pertengahan yang ada program BIG atau praktikum... semester ni akan ke sekolah selama sebulan je untuk internship..

perasaan skarg ni... berdebar sebab tetiba teringat kptsn peperiksaan sem lepas.... untuk hari-hari mendatang ni mungkin akan diselubungi perasaan sedih sbb akan tinggalkan kawan2 dan tempat belajar selama 5 tahun stgh... mcm2 memori akan menjadi kenangan bersama samaada manis mahupun pahit.....

alphabet using body

back to school (source from internet)

dulu... mase semester 4 la kalo x silap, kami sebagai guru pelatih wajib mengambil kursus Seni dalam pendidikan. kami pun ade belajar untuk membentuk alphabet menggunakan tubuh badan. kemudian kami menangkap gambar setelah membentuk perkataan _Happy Birthday to you!_ ianya melibatkan semua pelajar kelas kami iaitu seramai 20 orang. inilah yang dinamakan kenangan....

Happy Birthday to You! (click for larger and clear view)
dan saya adalah titik kepada tanda seru itu!!!
p/s: petang tadi adalah kali terakhir saya memunggahkan barang dari stor ke dalam bilik... lepas ni punggah barang masuk dalam kereta pulak dan pulang ke rumah... (perasaan bercampur baur)

Tuesday, June 14, 2011

silent

"silent is the best way of solution" say a men

but

girl probably say "silent is not the best solution".

think bout it and how bout u?

Thursday, June 9, 2011

I wish I lost my mind

N.A.M.A

cadangan nama-nama yang indah untuk anak yang memberikan makna dalam Islam

Lelaki

  • Zafran Nufail - Kejayaan & pemberian, hadiah
  • Faruq Farabi - Pembeza antara yang benar dan salah & nisbah
  • Bukhari Darwisy - Nisbah & warak
  • Nukman Hamzi - Kebaikan & ketegasanku
  • Harraz Rifqi - Yang amat warak & lemah-lembut
  • Niyaz Iqbal - Doa, harapan & kejayaan
  • Mirza Hariz - Anak baik & pemeliharaan
  • Haikal Iffat - Pokok yg besar dan subur & kehormatan diri
  • Firdaus Safwan - Nama syurga & bersih, ikhlas
  • Fattah Nazran - Penakluk & persembahan untuk Allah
  • Faris Fawwaz - Yang alim, ahli penunggang kuda & berjaya
  • Muqri Rahimi - Ahli ibadat & kesayanganku
  • Khairin Naqib - Kebaikan & yang menjamin
  • Qaid Danial - Ketua, pemimpin & nama Nabi
  • Anas Faqih - Kemesraan, cinta, kasih & yang mengerti
  • Faiq Qawiem - Tertinggi, utama & yang lurus
  • Umar Raimi - Yang memakmurkan & keutamaanku
  • Ammar Rusydi - Yang memakmurkan, yang kuat iman & kecerdikanku
  • Fatih Haziq - Pembuka, perintis & cerdik, pandai
  • Hadif Hafiy - Yang mempunyai matlamat & yang memuliakan
  • Izzat Qayyum - Kemuliaan & abadi, kekal
  • Fahim Marzuqi- Yang faham & rezekiku
  • Adib Iqbal - Pujangga & kejayaan
Perempuan

  • Sarah Humaira - Nama isteri Nabi Ibrahim & putih campur merah
  • Najah Hannan - Kejayaan & kesayangan, kecintaan
  • Abharina Fauzah - Lautan kami & berjaya, berhasil
  • Badriah Iwani - Cantik seperti bulan purnama & takhtaku
  • Karmila Muzfirah - Manis, padat & yang menang
  • Hannah Izzah - Kasih sayang & kemuliaan, kekuatan
  • Hannani Marha - Kesayanganku, kecintaanku & periang
  • Khairina Rauqah - Kebajikan & kecantikan yang menawan
  • Adriana Iffah - Nisbah & suci, terpelihara
  • Arfa Lailani - Yang tinggi, mulia & malam
  • Liyana Rasyiqah - Kelembutan & cantik, rajin
  • Karmila Rifqah - Manis, padat & kelembutan
  • Syaza Syafiqah - Keharuman & baik hati, penyayang
  • Hamra Batrisyia - Kemerah-merahan & cerdik, pintar
  • Irdina Marsya - Kehormatan kami & subur menghijau
  • Adibah Hannah - Berpengetahuan & kasih-sayang
  • Aisyah Haziqah - Hidup bahagia & yang cerdik, pandai
  • Faridah Hannah - Yang satu-satunya, yang istimewa & kasih sayang
  • Hannah Hanifah - Kasih sayang & yang lurus, beriman
  • Auni Batrisyia - Lemah lembutku, ketenanganku & cerdik, pintar
  • Damia Hazwani - Kebijakan, keberkatan & pemberianku
  • Farzana Fathiah - Bijak, pandai & pembukaan, kemenangan
untuk mendapatkan lebih banyak pilihan nama untuk anak anda boleh rujuk pada blog ini....

 ini pilihan nama kesukaan saya... insyaallah suatu hari nanti... 

di suatu pagi...

pagi ini
ku seperti tidak mahu mencelikkan mata ini melihat dunia ini lagi
ku tidak mahu menjejakkan kaki ke bumi yang nyata ini
ku x mahu melihat mendengar merasa dan menyelami apa yang terjadi
pada diriku dan di sekeliling ku

aku memang bodoh
tidak bersyukur dengan nikmat dihidupkan kembali selepas tidur
ku tidak menolak takdirnya
tapi aku seperti tidak mampu menghadapinya lagi...

Ya Allah,
bantulah hambamu yang lemah lagi hina ini
ku bersyukur dengan segala nikmat yang diberi
ku pasrah dengan segala ketentuan yang telah dirancangkan....
namun bantulah aku tambahkan hati ini...
tabahkan hati ini...
sesungguhnya tiada yang kekal abadi
selainMu ya Allah.

I'm not that tough

yes, I'm not that kind of girl that really tough in facing sadness in life... I do cry and cry for few night and no one know bout it.... and now I'm speechless and couldn't say more about what I'm thinking.... I just have nothing in my mind right now....

Wednesday, June 8, 2011

special for u ~ miss messy finger

Messy Fingers

© Debra S. Higginbotham

Sticky fingers ' tangled hair,
scattered crayons, everywhere.
Fancy artwork ' on the wall '
drawn by midgets ' three feet tall.

Tell me why ' and tell me how '
that was mine ' I want it NOW!
Fix my bike. Buy me gum.
If you have it, I want some.
Dirty faces, grass-stained knees,
learning words ' like pretty please.
Endless hugs & goofy wet kisses,
learning respect with 'Mr.' & 'Mrs.'
Scraped-up hands, from falling down.
Tender tugs - - on my night gown.
Need more paper ' for miss messy finger letter?
I wasn't so bad ' but I've been better.
Watching a movie ' again and again '
Mommy, please ' put the tape back in.
Messy fingers ' hair gone wild '
all in the life ' of a precious child !!


Source: Messy Fingers, Children Poems http://www.familyfriendpoems.com/family/poetry.asp?poem=1592#ixzz4OhXhDA9J

pra penulisan laporan kajian tindakan... =)

Melabel dan mengkategori data adalah proses yang penting sebelum memulakan analisis. Oleh itu, saya merumuskan bahawa saya lebih banyak menulis berkenaan dengan motivasi daripada perkara-perkara yang lain. Pada pendapat saya, motivasi itu luas sebagaimana saya menulis untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri sendiri mahupun mengatasi perasaan yang bercelaru pada ketika itu dengan mengambil langkah yang lebih positif selain meluahkan perasaan secara langsung. kesimpulannya, saya mendapati cara saya memotivasikan diri sendiri adalah dengan menulis

Tuesday, June 7, 2011

excited....

hehehe... excited dapat tukar template blog.... hehe finally i got it how to customize my blog.... hehehe

Friday, June 3, 2011

A to Z be POSITIVE

Bagaimana hendak menjadi seseorang yang sentiasa berfikiran positif?

cuba hayati dan terapkan setiap abjad yang mempunyai maksud tersendiri ini dan berusaha bersungguh-sungguh. hidup pasti lebih indah apabila sentiasa berfikiran positif.





ACCEPT 
~ terimalah diri sebagaimana adanya








BELIEVE
~ percayalah terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup






CARE 
~ Ambil berat terhadap orang sekeliling kamu agar mereka juga akan membuat perkara yang sama untuk kamu










DIRECT
~ Arahkan fikiran pada hal-hal yang positif yang boleh meningkatkan kepercayaan diri






EARN
~Terimalah penghargaan  yang diberi oleh orang lain tanpa ada perasaan riak sebaliknya teruslah berusaha menjadi yang terbaik.






FACE
~ Hadapi masalah dengan berani dan yakin












GO
~ Bergerak menuju kebenaran










HOMEWORK
~ Melakukan "homework" sebelum memulai sesuatu kerja itu adalah paling penting untuk mengumpul informasi awal








IGNORE
~Abaikan apa sahaja yang menghalangi jalan kamu untuk mencapai tujuan






JEALOUSY
~ Rasa iri hati akan membuatkan kamu tidak menghargai kelebihan diri sendiri, jadi hindarilah sifat ini.










KEEP
~ Terus berusaha walaupun beberapa kali telah gagal.








LEARN
~ Belajar daripada kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.








MIND
~ Jaga urusan sendiri dan tidak menyebar gosip tentang orang lain








NEVER
~ Jangan pernah berhenti dan putus asa












OBSERVE
~ Amatilah segala hal yang berlaku di sekeliling anda. Perhati, dengar dan belajar daripada orang lain. 








PATIENCE
~ sabar adalah kekuatan yang tidak ternilai yang mendorong kamu untuk terus berusaha










QUESTION
~ Bertanyalah untuk mencari jawapan yang benar dan menambahkan ilmu.











RESPECT
~ Hormat dan hargai diri sendiri serta orang lain.








SELF CONFIDENCE, SELF ESTEEM & SELF RESPECT
~ Percaya pada diri, mempunyai keyakinan yang tinggi dan menghormati diri sendiri. 3 elemen ini akan membebaskan anda dari saat-saat tegang.






TAKE
~ bertanggungjawab pada setiap tindakan yang dilakukan










UNDERSTAND
~ fahami bahawa hidup itu pasti akan ada dugaan dan cabarannya.










VALUE
~ Menilai diri sendiri dan orang lain agar kita sentiasa dapat melakukan yang terbaik










WORK
~ bekerja dengan bersungguh-sungguh dan jangan lupa berdoa








X'TRA
~ Usaha yang lebih keras pasti akan membawa hasil










YOU
~ kamu... harus percaya bahawa kamu dapat membuat sesuatu yang berbeza










ZERO
~ Tiada usaha tiada hasil....


Wednesday, June 1, 2011

check cermin di bilik persalinan

Anda keseorangan?? Atau berteman?? Di dalam tandas?? Bilik persalinan?? Di bilik HOTEL ?? Anda perlu untuk tahu tentang ini.. Berguna untuk anda.. Merasa selamat untuk bebas bergerak tanpa risau atau ragu-ragu berpikir ada ke orang sedang perhati segala perlakuan anda..

Berhati-hatilah, khususnya buat kaum wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mane tu? Teruskan bacaan..
Terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..Wah..gawat!
Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan 
cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.

Ini KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.



Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Jelaskan foto di atas ni?
Jadi, harap lebih berhati-hatilah selepas ni.