cuba hayati dan terapkan setiap abjad yang mempunyai maksud tersendiri ini dan berusaha bersungguh-sungguh. hidup pasti lebih indah apabila sentiasa berfikiran positif.
ACCEPT
~ terimalah diri sebagaimana adanya
BELIEVE
~ percayalah terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup
CARE
~ Ambil berat terhadap orang sekeliling kamu agar mereka juga akan membuat perkara yang sama untuk kamu
DIRECT
~ Arahkan fikiran pada hal-hal yang positif yang boleh meningkatkan kepercayaan diri
EARN
~Terimalah penghargaan yang diberi oleh orang lain tanpa ada perasaan riak sebaliknya teruslah berusaha menjadi yang terbaik.
FACE
~ Hadapi masalah dengan berani dan yakin
GO
~ Bergerak menuju kebenaran
HOMEWORK
~ Melakukan "homework" sebelum memulai sesuatu kerja itu adalah paling penting untuk mengumpul informasi awal
IGNORE
~Abaikan apa sahaja yang menghalangi jalan kamu untuk mencapai tujuan
JEALOUSY
~ Rasa iri hati akan membuatkan kamu tidak menghargai kelebihan diri sendiri, jadi hindarilah sifat ini.
KEEP
~ Terus berusaha walaupun beberapa kali telah gagal.
LEARN
~ Belajar daripada kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.
MIND
~ Jaga urusan sendiri dan tidak menyebar gosip tentang orang lain
NEVER
~ Jangan pernah berhenti dan putus asa
OBSERVE
~ Amatilah segala hal yang berlaku di sekeliling anda. Perhati, dengar dan belajar daripada orang lain.
PATIENCE
~ sabar adalah kekuatan yang tidak ternilai yang mendorong kamu untuk terus berusaha
QUESTION
~ Bertanyalah untuk mencari jawapan yang benar dan menambahkan ilmu.

RESPECT
~ Hormat dan hargai diri sendiri serta orang lain.
SELF CONFIDENCE, SELF ESTEEM & SELF RESPECT
~ Percaya pada diri, mempunyai keyakinan yang tinggi dan menghormati diri sendiri. 3 elemen ini akan membebaskan anda dari saat-saat tegang.
TAKE
~ bertanggungjawab pada setiap tindakan yang dilakukan
UNDERSTAND
~ fahami bahawa hidup itu pasti akan ada dugaan dan cabarannya.
VALUE
~ Menilai diri sendiri dan orang lain agar kita sentiasa dapat melakukan yang terbaik
WORK
~ bekerja dengan bersungguh-sungguh dan jangan lupa berdoa
X'TRA
~ Usaha yang lebih keras pasti akan membawa hasil
YOU
~ kamu... harus percaya bahawa kamu dapat membuat sesuatu yang berbeza
ZERO
~ Tiada usaha tiada hasil....
0 comments:
Post a Comment